McDonald’s Malaysia beri pengiktirafan kepada 25 guru menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 22 Mei 2018 lalu, McDonald’s Malaysia memberi pengiktirafan kepada 25 guru dari seluruh Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018 yang merupakan anugerah tahunan yang disampaikan sempena sambutan Hari Guru kebangsaan.
Anugerah pada tahun ini merupakan kali kedua ia diadakan dan berjaya menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 3,000 pencalonan, tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Sehubungan itu, sekurang-kurangnya seorang guru dari setiap negeri telah dipilih menjadikan sejumlah 25 guru telah dipilih sebagai pemenang anugerah ini, berbanding hanya enam guru pada tahun lalu.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru-guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki dan secara positif memberi kesan yang mendalam dalam diri pelajar dan juga masyarakat.
“Guru-guru ini diberi pengiktirafan menerusi kemampuan mereka memberi inspirasi dan membuat perubahan dalam diri pelajar. Antaranya termasuklah merubah minda pelajar ke arah yang lebih baik, membantu memperbaiki pencapaian akademik pelajar dan meningkatkan tahap keyakinan dan jati diri pelajar.

“Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan usaha kami untuk mengiktiraf dan menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar,” kata Azmir.

Setiap 25 pemenang bagi anugerah ini menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis sambutan Hari Guru yang dianjurkan di sekolah-sekolah terlibat. Pencalon, yang kebanyakannya dalam kalangan pelajar pula menerima sijil hadiah McDonald’s bernilai RM200 atas kisah inspirasi yang dikongsikan.

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas sebenar untuk membantu pelajar dan juga impak terhadap diri pelajar.

Pemilihan pemenang dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan, media dan juga rakan-rakan perniagaan McDonald’s.

Antara kisah menarik pemenang yang boleh diketengahkan ialah guru yang menaikkan semangat pelajar yang ketinggalan untuk cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi juga dalam kehidupan masa hadapan. Kisah inspirasi lain termasuklah guru yang mengutamakan kepentingan pelajar sehingga sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu anak didiknya.
Perkataan ‘pendidik’ membawa makna yang cukup mendalam dengan adanya kisah-kisah menyentuh hati dan penuh motivasi sebegini, malah ia turut menggalakkan satu persekitaran yang baik dan positif.

Penghargaan McDonald’s kepada guru-guru tidak terhad kepada Anugerah Guru Inspirasi. Selain penyampaian anugerah, McDonald’s turut menganjurkan seminar-seminar motivasi bersama pakar motivasi, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, di 10 lokasi di seluruh negara dari 26 April hingga 24 Julai.

Seminar motivasi bertajuk ‘Adakah Aku Guru yang Hebat?’ merupakan sebahagian dari sambutan Hari Guru pada tahun ini, yang memasuki tahun ketiga penganjurannya. Tahun lalu, setiap satu lokasi seminar telah dihadiri kira-kira 500 guru. Sehingga kini, McDonald’s telah berjaya mendekati sekurang-kurangnya 10,000 guru di seluruh negara menerusi penganjuran seminar ini sejak tahun 2016. 
McDonald’s Malaysia juga menganjurkan sambutan Hari Guru di semua 271 restorannya di seluruh negara. Semasa sambutan ini dijalankan, guru-guru dihiburkan dengan pelbagai jenis aktiviti permainan, sesi bergambar dan juga jamuan ringan. Sambutan ini merupakan satu bentuk penghargaan terhadap dedikasi para guru dalam usaha mereka mendidik anak bangsa.

Nama-nama pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018 termasuklah maklumat pencalonan boleh didapati di laman web McDonald’s.


Maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita Ahmad | Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236

Nur Aina Farhani | Rodhiah Ismail, LUMOS PR
+6019.434.8707 | +6012.302.6105

No comments:

Post a Comment