Gaya Koleksi Raya 2018 Aku

Assalamualaikum semua...

Hye... Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin. Bila semua pun sibuk update tentang raya, aku pun tidak terkecuali. Tapi jangan harap lah kan yang blog aku ni akan update ketupat lemang semua.. Seperti kebiasaan aku, aku memang suka bergambar. Jadi setiap koleksi pakaian raya aku akan diperagakan di laman Instagram dan blog ku ini. Ahaha...

Okay... cerita raya aku kali ini agak sedikit berbeza. Hari raya pertama, aku beraya di Kg Sega Hulu, Rantau, Negeri Sembilan. Sebab, keadaan nenek yang tak berapa nak sihat, dan Acu aku balik kampung di Perak, jadinya kami beraya di situ. Ofcourse lah syok kan! Beraya dengan suasana kampung...
Raya kedua... seperti kebiasaan di sebelah pihak Ibu aku akan menjalani tradisi raya berkonvoi ke rumah-rumah sanak-saudara berdekatan. Seronok bila jalan-jalan beramai-ramai ni. Aku memang tak lepas peluang ambil gambar setiap rumah yang di singgah. Ekeke...

Tapi tahun ni aku tak ikut sampai ke lewat malam, sebab di sebelah petang ayah aku ingin pulang berhari raya di kampung halamannya di Rembau. Masih dalam mood kampung. Memang legend lah kan... Suasana kampung yang mendamaikan... Memang best gilerrr weyyyhhhh....
Ni tak tahu nak kata color ape.. Sebab sekali tengok macam hijau pun ada silver pun ada... wakakaka..
Sesekali gaya raver muncul di hari raya... Ahahaha...
Koleksi fesyen di raya pertama hingga raya keempat aku memang ala-ala raver pulak kan… Hehehe… Bergambar kenangan bersama saudara rapatku, Daniel dan Faheem dan keluar beraya bersama mereka ke rumah kawan-kawan rapat. 

Aku dah Dan Daniel di hadapan rumahnya di Linggi, Negeri Sembilan

Semalam jadi t'chakka, kali ni jadi Nakia pulak.. Hahaha..
With beloved bro, Daniel dan Faheem
Kisah raya aku setiap tahun pasti meriah bersama sanak-saudara. Alhamdulillah...aku dikurniakan keluarga yang menjalinkan ukhuwah yang baik dan rapat. Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...

5 comments:

  1. Seronok balik kg esp bila hari raya 😁

    Salam Aidilfitri dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  2. Gaya Mutu Keunggulan... Hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Wow cantiknya meriah baju raya tahun ni orang perempuan tak sah ada banyak baju hari raya hehehe

    ReplyDelete