Review Movie | Black Panther 2018

Okay... first of all aku nak mintak maaf sebab dah lama tak update entry dalam blog ni. Bukannya apa.. Sibuk sangat dengan kelas sampai terlupa nak update. Nak jadi kan cerita hari tuh aku keluar lah dengan kawan-kawan untuk tonton wayang terbaru yang berjudul Black Panther. Ceritanya memang betul-betul thrill dan mencabar kewibawaan untuk memahaminya. Ekeke....


Jadi... sebelum lebih confuse, ade eloknya korang baca dulu sinopsis cerita ni untuk lebih faham.

Sinopsis Ringkas Black Panther

Filem Black Panther ni adalah kesinambungan dari filem Captain America: Civil War yang mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh T'Challa (Chadwick Boseman) yang telah diangkat menjadi Raja Baru di Negara Wakanda menggantikan ayahandanya. (Jika korang ingat dalam satu babak dalam Civil War, ayahandanya telah terkorban akibat letupan di sebuah bangunan).

Seperti yang kita tahu, tidak semudah yang disangka untuk menjadi raja di Wakanda. Meskipun dianggap sebagai tipikal negara dunia ketiga seperti negara-negara Afrika yang lain, Wakanda sebenarnya mempunyai kekayaan dan kemajuan teknologi tercanggih di dunia. Namun, perkara ini tidak boleh didedahkan kepada dunia luar kerana T'Challa bimbang akan keselamatan Wakanda akan terancam jika perkara itu sampai ke pengetahuan yang tidak bertanggungjawab.

Konflik mula timbul apabila logam yang paling berkuasa di dunia iaitu "vibranium" telah dicuri oleh pihak antagonis yang ingin melihat dunia menjadi huru hara. Vibranium boleh diproses menjadi senjata yang cukup berbahaya dan tidak boleh ditandingi oleh senjata-senjata lain.


Baru T'Challa tahu yang ayahnya, T'Chaka menyimpan satu rahsia kejahatannya yang tidak pernah diceritakan selama ini kepada orang lain. Ini menyebabkan T'Challa mula hilang rasa hormat dan kepercayaan kepada ayahandanya yang selama ini dianggap seorang raja dan ayah yang baik.


Jadinya, T'Challa terpaksa menentang segala komplikasi yang timbul akibat perbuatan jahat ayahaandanya. Namun, lawannya kini bukan calang-calang. Sama seperti T'Challa, lawannya itu mewarisi darah Black Panther tetapi penuh dengan dendam dan kebencian.

Jadi, apakah kesudahannya? Sama-samalah korang pergi menontonnya di panggung wayang berdekatan korang ye. Hehe...


Review Movie

Okay... nak dijadikan cerita sebelum mula menonton, aku memang tak faham satu benda pun. Tapi bila dah selesai tengok filem ni, aku boleh katakan penceritaan dari filem ini sangat hebat. Filem ni tak sama macam filem superhero yang ada sekarang. Korang boleh tengok sendiri kalau tak percaya. Memang lain dari yang lain. 

Aku boleh bagi rating filem ni 8/10.

Jadi, nak tahu best ke tak best, Jom Tonton Filem Black Panther di pawagam berdekatan korang sekarang...

1 comment:

  1. Tak tengok lagi movie ni tapi memang ramai yang bagi rating tinggi

    ReplyDelete