Pengalaman Bersama LF Production | Khidmat Fotografi Terbaik

Assalamualaikum dan hai semua!  Cuti-cuti hujung minggu ni, aku takde buat pape. Jadinya aku nak kongsilah sedikit pengalaman aku photoshoot dengan LF Production di bendang sawah yang terletak di Batu Kurau, Perak tuh. Actually, dah lama dah sebenarnya photoshoot ni dijalankan. Tetiba rasa kesepian di blog ni, jadi aku pun mulalah nak kongsi sesuatu. Bila lagi kan nak luangkan masa dengan blog kesayangan ni.. Hahaha... Apa kata korang pilih percutian ke Perak untuk kali ini sebab memang banyak tempat-tempat menarik kat sana. Aku cadangkan korang kalau bajet ciput macam aku ni, korang boleh je bercuti di Taiping dan Batu Kurau ni. Destinasi dia menarik juga untuk bergambar. Jom!


Jom kita kenal dulu pengasas kepada LF Production ni ye... 

Pengasas LF Production

Illya Farhana atau lebih dikenali dengan nama LeYa merupakan pengasas LF Production dan beliau bermula sebagai Wedding Photographer di majlis perkahwinan abang beliau pada tahun 2011 dengan berbekalkan modal hanya bawah RM2,000. 
LeYa juga merupakan bekas pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam bidang Ijazah Sains Komputer (Pembangunan Perisian). Beliau meneruskan kerjaya beliau dalam bidang itu di salah sebuah syarikat terkemuka di Cyberjaya dan menjadikan minat beliau dalam fotografi sebagai part-time kerja sehingga membawa nama LF Production di arena tanah air.
 
LeYa dan Otomen Taro
Kemudian, setelah LeYa berkahwin, sentuhan LF Production semakin kelihatan cantik dan berseri dengan kehadiran Pengurus kedua iaitu Faizol Hafizi atau dikenali dengan Otomen Taro. Selaku suami dan Photographer, Otomen Taro menjalankan tanggungjawabnya mengambil gambar dengan sangat menarik sekali.

Pengalaman Photoshoot Bersama LF Production

Memang gedik santai lah bila memilih lokasi pemandangan di tengah sawah. Pemandangan memang sangat cantik tapi al-masalahnya mula-mula nak menjejakkan kaki ke situ. Punyalah penakut dengan lintah atau pacat naik ke kaki, kemain berhati-hati jalan. Nak pula Mr. Photographer, Otomen Taro mula menakut-nakutkan aku yang sememangnya penakut ini. Hahahaha…

Cerita di sebalik photoshoot di sini memang sangat awesome! Sebab suasana kampungnya yang mendamaikan, keindahan padinya yang terbentang luas. Dan, buat pertama kalinya aku berjaya menjejakkan kaki di sawah dan mencium bau padi. Memang awesome gilerrr guys! Betul-betul teruja dapat ke situ.



Yang lebih menarik karya-karya dari LF Production ni. Memang cantik dan puashati sangat. Aku rasa berbaloi lah bilamana kena memberanikan diri dari belenggu pacat mahupun lintah, tetapi happy bila tengok gambar-gambar setelah siap. That is the best aku nak cakap memang puashati dan recommend sangat pada yang cari fotografi yang murah-murah dan berbaloi. 





Maklumat lanjut kalau korang nak tahu tentang LF Production ni, boleh dapatkan seperti di bawah:-
Alamat | No 22, Jalan LEP 3/7, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Aku memang pasti korang tidak akan kecewa memilih LF Production sebagai fotografi dan videografi korang. Aku sendiri suka dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Jadi! Jangan tunggu lama-lama! Terus bertindak sekarang! Hubungi LF Production untuk sesi photoshoot korang.
 
**NotaKaki: Gambar Individu tu aku terpaksa ambil dalam IG aku je sebab original gambar aku terdelete. Adeh!!! Nak nangis masa buat entry ni gambar cantik dan resolution baik dah hilang. 

2 comments:

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete