Assalammualaikum....

Saat bercerita tentang jalan-jalan bersama sanak-saudara pasti teruja dan menyeronokkan. Okay... cerita ni sebenarnya dah lama berlalu. Tapi terasa baru nak update di Blog Eisya ni. 


Dua minggu selepas menjelangnya raya Aidilfitri hari tu, Eisya dan saudara-mara lain berjalan-jalan ala-ala Cuti-Cuti Malaysia gitu di Dreamworld Playland, IOI City Mall Putrajaya. Kitorang seromok sebab dapat bermain hampir 1 hari di sini secara PERCUMA sahaja. Nak tahu kenapa dapat FREE? Ofcourse la sebab kakak sepupu Eisya yang tengah hot blogger, LeYa tuh dapat tiket ke sini. 


Eisya rasa macam kanak-kanak ribena pulak hari tu sebab terjebak bermain bersama dengan saudara-mara yang kecil. Mulanya, hanya untuk menjaga keselamatan mereka yang kecil ni. Tapi bila dah semakin seronok, lupa pulak diri... Hahaha...

  
Tengok tu!!! Macam terexcited pulak kan Eisya ni. Satu playland tu Eisya keliling dan turut serta riang ria bermain bersama. Alaa... kiranya anggap aje lah Eisya ni masih kecil ye. 

Okay la... Malas lah Eisya nak bebel panjang-panjang kan... Jom lah korang-korang semua... Tengok je aksi-aksi kami bermain dengan gembiranya di Dreamworld Playland ni. 

Apa yang ditunjuk tu Eisya weeyyy...

Antara permainan yang ada di situ

Khusyuk bermain Magic Sand bersama-sama

Woooiiiiii..... Siapa yang bebudak ni... Ahahaha...

Bajet-bajet cun pulak

Tahu la lapar... Takyah la pasir tuh pun nak dimakannya... 


Haaaa.... Rasanya cukup lah sampai kat sini sahaja yang Eisya boleh ceritakan pengalaman Eisya bercuti hari tu.. 

Untuk maklumat lanjut, boleh lah hubungi atau layari laman web di bawah:-

AlamatIcescape, Ice Skating Rink, IOI City Mall, IoI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Telefon03-5022 2208
Laman Web: Dreamworld Playland
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bertemu lagi dalam Blog Eisya. Semua warga kota ingin lari daripada kesibukan dan kesesakan lalu lintas, deringan telefon bimbit dan pejabat serta kecelaruan gaya hidup yang menambah kepada tekanan emosi dan mental.

Jadinya, ramai lah di kalangan warga kota tersebut akan memilih untuk ke gimnasium, pusat rawatan kecantikan dan spa bagi membersihkan diri daripada pencemaran udara, aura negatif dan juga dari segala bentuk kecelaruan emosi gara-gara tuntutan sosial dan kerjaya.


Apa kata hujung minggu ini, anda cuba membebaskan minda dan biarkan orang lain membelai serta menenangkan segala anggota tubuh badan dengan cara tradisional Melayu seperti zaman nenek moyang dahulu.

Antara rawatan urutan yang ditawarkan di Farisya's Massage adalah urutan badan, kaki dan muka. 

Ia bertujuan memberikan nafas baru dan dapat mengalirkan peredaran darah, menghilangkan stress, mengurangkan sendi-sendi otot, menghilangkan rasa penat selepas bekerja, dapat menstabilkan kesakitan dan mengurangkan rasa sakit. 


Kesemua rawatan tradisi ini dilakukan dengan bantuan produk sendiri yang 100 peratus menggunakan bahan semulajadi.  

Maklumat lanjut boleh layari dan hubungi seperti yang tertera di bawah:-

 Mobile Home Spa - Beroperasi dari 9.00pagi - 10.00malam
*JUMAAT-SABTU
​*CUTI UMUM

(URUT MUKA)
Faedah Mengurut Muka Struktur kulit kelihatan lebih segar & sihat kulit akan menjadi lembut & licin. Membantu merangsang peredaran darah. Otot-otot menjadi tegang. Membantu merehatkan saraf. Membantu menghilangkan sengal-sengal tulang.

 (MASKER BADAN)


Manfaat masker badan Lumpur: Mengangkat kulit mati dan kotoran, menjaga kelembaban, elastisitas, dan kesehatan kulit, dengan antioksida

 (URUT BADAN)


1) Meningkatkan pengaliran darah.
2) Memperbaiki penafasan
3) Mengurangkan pernafasan
4)Bantu meredakan tekanan
5) Bantu mengurangkan ketengangan otot.

Assalamualaikum semua...
Salam sejahtera juga buat pembaca yang bukan Islam...

Cerita Raya Eisya di pagi 1 Syawal. Tak perlu kata apa-apa... Jom layan aje gambar-gambar di bawah.

Eisya dan keluarga Eisya. Tapi time ni ayah Eisya ntah ke mana ntah...
Family Eisya
Big Fan Family
Jalan-jalan raya di pagi 2 Syawal...
Di hadapan rumah TokWan dan Wan Induk di Tampin
Kemeriahan di hari raya sehingga kini masih terasa. Eisya yang duk Gemencheh ni still balik tiap-tiap minggu ke Rantau untuk menyambut hari raya bersama keluarga. #RayaKanSebulan #InikanRaya #SalamAidilfitri #BestnyeeeRaya

Cerita Raya Saya

by on July 13, 2017
Assalamualaikum semua... Salam sejahtera juga buat pembaca yang bukan Islam... Cerita Raya Eisya di pagi 1 Syawal. Tak perlu kata apa...
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... Segala puji bagi Allah... Dapat juga Eisya membuka semula lembaran Blog Eisya yang dah lama berkubur. Sehingga ke hari ini, barulah Eisya tahu akan kegunaan medium blog dalam pemasaran sesuatu bidang / perniagaan lebih baik berbanding media sosial yang lain.


Hari ini, Eisya sudah pun berusia 18 tahun. Nampak sangat terlalu lama Eisya tak menulis di blog ini. Pelbagai kisah suka duka di alam persekolahan Eisya sudah berlalu begitu sahaja. Di tahun 2017 ini, Eisya mengorak langkah lebih jauh lagi dengan meneroka bidang Eisya minati iaitu Rawatan Urutan Tradisional. Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Eisya sudah mula mengurut orang ramai di kalangan ahli keluarga terdekat. Alhamdulillah... ramai puji keberkesanan urutan tangan Eisya.

Jadi... tamat sahaja persekolahan selepas SPM, Eisya menyambung pelajaran dalam bidang kesihatan dan kecantikan di Kolej Kolej Komuniti Gemencheh, Negeri Sembilan.Dek kerana minat yang mendalam dalam bidang ini dan mempunyai pengalaman mengurut, pensyarah Eisya menyarankan untuk menjalankan perniagaan secara Mobile Home Spa bagi menambahkan lagi pengalaman Eisya dalam bidang rawatan dan urutan ni. 


TERAJUI FARISYA'S MASSAGE

Dengan penuh semangat dan keazaman serta dorongan dari ahli keluarga terdekat, Eisya bangkit untuk menambah pendapatan keluarga di samping menuntut ilmu bagi menambah lagi pengetahuan. 

Eisya telah menggunakan rawatan tradisional yang berasaskan bahan-bahan semulajadi bagi mendapatkan lagi kesegaran dan ketenangan kepada pelanggan. 
Rawatan Urutan Tradisional di Farisya's Massage ini mengamalkan konsep memberi dan membantu. Atas sebab itu, Eisya meletakkan harga yang berbaloi murah bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk turut merasai kehangatan dan kedinginan urutan tangan dari Farisya's Massage. Untuk rawatan urutan kaki, Eisya meletakkan dengan kadar harga RM20 manakala bagi urutan badan pada harga RM30. Bagi Eisya, ini sudah cukup murah untuk anda semua merasai kehangatan dan ketenangan belaian tangan Eisya sehinggakan membuatkan anda rasa sihat dan cergas.

Rawatan Urutan Tradisional ini Eisya jalankan di Rumah milik Ibu dan Ayah Eisya di Rantau, Negeri Sembilan. Bagi sesiapa yang berminat, boleh lah cuba Rawatam Urutan Tradisional milik Farisya's Massage dengan menghubungi Eisya di talian 011-16196422 atau laman Facebook Farisya's Massage.